Hari ini takde selera. Entah mengapa. Bekal nasi goreng di bawa pulang ke rumah semula.
Royak ke tok laki sejaroh ni ambo tak lalu make nasi hari ni walaupun bekal telah dibawa.
Hari ini berkesempatan keluar makan bersama puan boss yang tercinta (mohon jangan loya).
Sebelum masuk, che kak cek kereta. Segan pula kalau bersepah dan ada bau yang tidak enak walaupun pewangi dah ada.
Pusing satu bandar nak cari makan sebab kedai tutup mungkin sebab cuti raya.
Singgah cafe yang tersohor walaupun kali pertama tahu nama.
Ramai 'orang luar' yang bawa ibubapa makan bersama. Mungkin cipta kenangan bersama keluarga.
Order nescafe macam biasa. Tapi katanya nescafe dan milo tiada. Fahamlah che kak bahawa boikot masih dilaksana.
Namun ada baiknya diganti dengan minuman sama sejenis walaupun lain jenama.
Hairan bin ajaib macamana depa ambil order boleh ingat semua tanpa menulis sebagai tanda.
Sedap juga makan nasi himpit sambal kelapa. Tapi sikit sangat kena timbal dengan roti bakar campur kaya.
Kawan che kak order roti dari Perancis sebab tu lambat sampai order di meja. 🤪
Nampak sweet betul puan PKMJ makan roti pink pakej telur separuh masak di atasnya.
Masa nak bayar, kan main pakat berebut hulur duit walaupun tak tahu siapa yang paling kaya.😂
Che kak minta maaf sebab crop gambar puan PKMJ yang jelita. Che kak segan sebab tak pernah tengok tuan empunya diri post gambar sendiri di alam maya.
Comments
Post a Comment