Sebagai ibu mithali, che kak ke Lotus untuk membeli kiriman anak soleh dan solehah yang setia menanti di rumah kami.
Panjang pula barisan di kaunter, terus che kak memberanikan diri untuk bayar secara layan diri.
Aduh berat pula barang yang dibeli. Tak terdaya nak bimbitnya dan terus ambil troli.
Sampai kat kereta, alamak handphone pula tertinggal kat kaunter layan diri tadi.
Tak tahu berapa kilo dah turun lemak badan sebab berjalan rata riti.
Akhirnya dapat juga handphone selepas staf Lotus meminta pengesahan adakah benar ianya milik che kak selepas si dia dial nombor peribadi.
Terima kasih daun keladi kerana tolong simpan dan masih ada rezeki.
Alamak dah lewat petang tapi singgah juga untuk isi minyak kereta kerana takut esok tak sempat nak isi.
Spek mata berkabus dan tak nampak mana kaunter bayar dan lama pula che kak berdiri.
Eh kenapa dia tak pandang che kak dan langsung tak peduli.
Rupanya orang tengah ambil duit di mesin ATM di balik cermin kaca ayoyooo dah rupa macam lagu Tokki.
Masih tercari-cari di mana lubang cermin kaunter tapi masih gagal ditemui.
Kenapa ianya digelapkan dari pandanganku ini. Adakah stesen minyak ini telah disihir kerana ada orang dengki?😏
Akhirnya masuk bayar kat kaunter dalam kedai je sebelum tahap malu menghantui diri. Kalau tak jumpa pintu masuk juga tak tahu la penyakit apa yang melanda kali ini.
Sampai rumah dah hampir maghrib dan che kak bagitau kat anak, umi tak larat dah masak malam ni.
Tadaaaa macam-macam menu anak tolong masak, ayam masak butter, ayam goreng celup tepung dan spaghetti. Tapi che kak makan ikan kering bersama nasi.
Takde selera dah nak makan tapi kesian kat perut takut dia menangis tengah malam nanti.
Sekian cerita petang tadi.
Comments
Post a Comment