Dulu la dulu semasa che kak dah rasa jemu. 9 tahun 'jaga' unit bantuan sehingga dah rasa tepu.
Che kak minta ex boss tukarkan che kak ke unit lain 11 tahun yang lalu. Tapi kata beliau takde orang nak unit itu.
Merajuk sorang-sorang, akhirnya isi borang tukar ke pejabat lain sebelum rasa beku.
Merasa juga 'jaga' unit lain iaitu unit OKU.
Kemudian kemudi semula unit bantuan semasa zaman PKP dan cabarannya Allah sahaja yang tahu.
Bertukar boss yang baru, diberi mandat pula unit Komuniti dan Penguatkuasaan atau nama glamer PU.
Bukan sedikit juga cabaran unit lain yang sebelum ini ku pandang sebelah mata dan che kak hanya mampu mohon maaf padamu.
Hujung tahun lepas Penyelaras Unit Kebajikan Produktif telah mc dan che kak sempat juga bantu.
Rupanya kasihku pada unit bantuan ini tak pernah padam dan ianya serasi dengan jiwaku.
Semalam terima pekeliling baru. Hari ni kita baca dan hadam walaupun tak macam akta punya buku.
Comments
Post a Comment