Semalam Abang Afnan nak makan kuih yang diperbuat daripada nasi sejuk, tepung dan perlu dikukus selepas diperam selama dua atau tiga jam terlebih dahulu.
Selepas dikukus sedap dimakan bersama kelapa parut dan nasib baik ada stok dalam peti beku.
Rasa malas sebab mata dah layu. Namun digagahkan juga kerana naluri seorang ibu.
Gigih mencari resepi dalam muka buku. Tanya pakar kuih di Kuala Lumpur kerana membaca resepi tak sama dengan menuntut ilmu.
Tak pernah buat kuih tradisional kerana rasa renyah dan rela beli dengan makcik kuih serta sanggup tunggu.
Namun malam-malam nak cari kat mana orang jual jadi terpaksa juga la masak walaupun rasa nak beradu.
Seronok tengok anak makan dan cakap sedap walaupun ku rasa kurang dan tak cantik kerana rupa kuih macam getah buku.
Bila anak dah tidur, tiba-tiba terasa tegak bulu roma kerana aku seorang penakut walaupun berada di dapurku.
Kesimpulannya, kalau ada peniaga kuih, jangan dikeji orang mencari rezeki untuk anak-anak yang bersekolah termasuk belajar di U.
Jangan kata 'baik buat sendiri' kerana yang berkata itu tak ukur dan timbang titik peluh, masa dan gas hampir setong walaupun modal secupak tepung dan gula hanya beberapa sudu.
Pagi tadi dapat noti sms membuatkan hati rasa kembang setaman walaupun masih sakit kena marah sebab tak bagitau 'bilik' dia kat mana dan seminit dua terpaksa menunggu.
Sentiasa mengingati diri sendiri kena jujur dengan tuntutan kerana ianya akan menjadi darah daging kita dan keluarga serta direkod oleh malaikat dalam buku.
Comments
Post a Comment