Semalam ke Pasir Puteh dan Jerteh sebab ada urusan peribadi. Singgah makan nasi ayam penyet dan order bahagian paha dan air nescafe.
Nasi ayam penyet sedap dan murah serta sup panas-panas dengan sambal cili pedas berapi.
Rindu sangat-sangat dengan geng makan yang hobinya makan tengahari.
Apa khabar mereka sekarang ini? Walaupun ada wasap tapi tak berkesempatan juga nak tanya khabar setiap hari.
Sejak kerja di Kota Bharu dah rasa macam orang kaya walaupun sama je gaji.
Dulu sempat kumpul minyak masak paket sebab balik kerja singgah PKT. Sekarang ni minyak masak botol kena beli di Lotus dan kena tolak dengan troli.
Dulu parking free. Pejabat lama masih ada laman yang boleh letak depoh mini.
Nasib baik kerja di KB ni boleh claim parking setiap hujung bulan dan lebih jimat bayar pas bulanan daripada bayar hari-hari.
Jem tanpa roti itu perkara biasa setiap hari. Tapi setakat ni pergi kerja tak lewat lagi kerana orang semuanya rushing keluar mencari rezeki. Bezanya jalan ke Pasir Puteh slow sebab ada pakcik nak ke kedai kopi sambil rokok terselit di jari.
Che kak penggemar kopi. Setakat ni masih lagi mampu kawal perasaan nak beli kopi hipster yang sedapnya tidak tapi boleh rabak poket kalau beli setiap hari.
Sekali sekala beli la juga kopi mahal sebab nak buat modal menulis di fb.
Biasanya sarapan pagi roti telur dan nescafe RM4.50, nasi ayam penyet dan air sirap baru RM7.00 setiap hari.
Sekarang ni makan pagi dah tak jumpa bawah RM5.00 melainkan bancuh kopi dan cicah roti sendiri.
Sehari dua je rajin bawa bekal lepas tu cari makan kat kedai juga sebab rasa takde selera makan masakan sendiri.
Dulu suka 'bergaduh' dengan rakan sekerja sebab mereka tak kisah dan setakat ni takde lagi yang kena tumbuk sampai tercabut gigi.
Sekarang ni tutur kata dan perbuatan kena berhati-hati. Che kak masih belum kenal perangai dan hati budi.
Syukur juga ada anak-anak buah dan kawan dari pejabat lama dan rakan seuniversiti. Sekurangnya takde rasa segan sangat sebab perangai che kak bukan macam puteri.
Azeran ada bagitau, dioarang tanya Kak Za ni macamana terutama berkaitan unit EB.
Che kak tanya pula, awok cerita pasal saya 15 tahun dulu ko atau loni?😏
Comments
Post a Comment