APAKAH TUJUAN MEMANDU KENDERAAN?

Hari ni pergi kerja bawa kereta kancil dan telah menggamit memori dulu.


Sebelum serahkan pada anak, kita test power dulu.



Masuk anak tiga baru merasa pakai kereta sendiri iaitu kancil manual "power reng" yang menyebabkan lenguh bahu. 


Terima kasih encik suami yang tolong bayar dp dulu. Bini merasa juga bawa kereta baru. 


Tujuan utama nak sangat ada kereta sendiri sebab nak tinggal bersama dengan anak-anak yang jauh di mataku. 


Dulu tak kisah pun nak pergi kerja jalan kaki kerana dekat dengan pejabat walaupun selalu kena kejar dengan angsa bermata kelabu.


Dulu tak kisah pun takde kereta sendiri sebab ada ramai staf yang bermurah hati bagi che kak tumpang termasuk pemandu, arwah abe Zu.


Namun rindu pada anak-anak, maka che kak nekad nak belajar walaupun hampir setahun baru dapat lesen memandu. 


Selepas dapat lesen dan kereta baru, buat kali pertama bawa kereta dari Pasir Mas ke Kuala Krai dalam keadaan hujan lebat, gelap sebab dah malam dan takutnya hanya Allah sahaja yang tahu. 


Alhamdulillah, apabila sampai ke desitinasi dan tengok senyuman abang Ahyad, maka hati rasa sangat sayu.


Akhirnya dapat juga merasa jaga anak sendiri bahkan bertambah rezeki sebab dapat duduk rumah baru. 


Anak bertambah dari setahun ke setahun, tukar kereta myvi pula berwarna kelabu. 


Semuanya untuk keselesaan anak-anak dan supaya  tak rasa susah macam kami dulu. 


Bertuah anak-anak sekarang ni, belum habis sekolah menengah, abi korang tanggung semua yuran lesen memandu.


Bahkan abi tolong belikan motor dan kereta untuk keselesaan anak-anak dalam mencari ilmu. 


Anak-anak, sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada dan jangan sesekali membeli kenderaan yang melebihi keperluan dan utamakan apa yang penting dulu.


Rezeki akan sentiasa ada sekiranya kita sentiasa bersyukur selalu.

Comments