CARA MASAK NASI LEMAK

Kali pertama masak nasi lemak pagi tadi. Suami dan anak-anak bawa bekal untuk sarapan pagi. Che kak tak bawa sebab tak selera masakan sendiri.


Dah berminggu beli daun pandan di Mydin dan simpan dalam peti. Walaupun dah kecut tapi nasib baik ada lagi bau wangi.


Masak nasi ringkas sahaja sekadar letak hirisan halia, garam dan daun pandan dalam periuk nasi. Rasa was was dengan sukatan santan dan air kerana takut tak menjadi. 


Benar bagai yang ditakuti. Rasa mentah dan rasa tak tenang diri. Lepas bertenang, terus salin nasi dalam periuk dessini. Masak atas dapur gas dan letak air panas sekali.


Rupanya kena lebihkan air kerana Che Dah kata air akan 'makan santan' dan akan che kak ingat selepas ini.


Masak sambal bilis sebelum tidur malam tadi. Nasib baik ada abang Nan temankan sebab che kak takut duduk di dapur seorang diri.


Tok laki nak sambal macam versi dulu-dulu yang letak dalam daun pisang walaupun daunnya hanya mampu bermimpi. 


Entah menjadi atau tidak rasa dan rupa sambal seperti beliau inginkan kerana che kak dulu membesar di Kuantan dan beliau di sini.    



Terjumpa petua masak sambal yang tak akan jadi perang cili. Blend bawang dan lada kering tanpa air dan hanya guna minyak masak walaupun minyak masak paket sukar diperolehi. 


Kebetulan dapat cabutan bertuah chopper masa malam Arabic yang Che Ty beli. 


Haaa betul la tak menjadi perang cili. Kan berguna juga TikTok punya teori.


Oleh sebab itu, janganlah letak syarat menantu wajib kena pandai masak serba serbi. Dah berlaki nanti pandailah mereka cari resepi. 🤪🤣

Comments