KERJA APA YANG PALING PENAT?

Hari ni fokus pada laporan ABT. Macam budak tadika yang baru dapat buku ABC. Slowly but surely. Sebelum ini che kak tak peduli. 


Kali ini kena fokus betul-betul selagi tak kena tukar portfolio lain dan harap-harap tak tukar unit lagi.


Mujur ada cik Ty dan penyabar orangnya kerana empat juta kali che kak bertanya pada beliau walaupun soalan simple sekali. 



Masa garis panduan ABT yang baru dikeluarkan, che kak tengah horey-horey dengan portfolio unit Komuniti.


Tiada kerja yang paling ringan sekali kerana semua unit ada cabaran yang tersendiri.


Ada tugas hakiki yang penatnya tak boleh diukur dengan tali inci.


 Setiap tugasan melibatkan pelbagai tekanan mental, fizikal dan perlu korbankan masa sekali. 


Kerja mengadap di PC tetap sama penat dengan kerja gi mari gi mari.


Ada juga kerja yang penat nak kena layan karenah birokrasi. 


Selagi kita tak buat kerja unit lain, kita tiada hak untuk mengatakan mereka gagal dalam laksanakan tugas kerana kita tak baca pun SOP.

Comments