MAJLIS PERPISAHAN PUAN PEGAWAI JKM KOTA BHARU

Hari ini (9.1.2025) hari terakhir puan PKMJ bersama kami. Ada majlis makan-makan sebagai kenangan  puan boss bersama kami di sini. 



Pertemuan dan perpisahan itu adalah adat duniawi. Kita hanya merancang dan hanya Allah sebaik-baik Perancang kenapa semua ini terjadi.


Majlis ringkas sahaja tapi amat bermakna kerana meriah dengan aktiviti. Kreatif dan sporting juga diorang ni.  


Meriah dengan pelbagai menu utama dan pencuci mulut berwarna warni. 





Tak lengkap tanpa ucapan dan tayangan video yang kreatif dan tersentuh hati. 



Che kak kagum kerana beliau mampu mengenali suara tanpa melihat wajah lebih 60 staf perempuan dan lelaki. 


3 bulan sahaja che kak sempat mengenali beliau dengan mata hati. 


Rupanya beliau seorang ketua yang sangat sporting dan memahami.


Sebelum ini hanya mengenali nama beliau yang terkenal sebagai PKMJ yang lantang bersuara diperingkat tertinggi.


Namun pandangan peribadi che kak tentang beliau ialah hanya menjalankan tugas sebagai ketua yang ada ramai staf pelbagai versi. Tanpa suara beliau bagaimana pihak atasan nak tahu masalah kami dari akar umbi.


Rasa hormat pada beliau dari hati yang ikhlas dan tiada apa-apa niat kerana beliau tidak sempat pun nak bagi markah akhir tahun nanti. 



Patutlah Bro Dien hormat  dengan puan PKMJ sejak dari zaman beliau bekerja di Bachok lagi.


Semoga puan PKMJ sentiasa dilindungi dan diberkati ke mana sahaja puan berada dan ingatlah kami di sini.


Hadiah kami mungkin murah sahaja namun percayalah ianya tanda keikhlasan dari hati kami.

Comments