MEMORI MASAK SAMBAL CILI BO ATAS DAPUR MINYAK TANAH

Sekali sekala kita up la bini abe long Kg Pade Lembek pun rajin masak juga. 


Masak sambal lada kering besar boleh makan dengan apa sahaja.


Telur rebus goreng, telur mata, ayam, ikan, udang dan ikut suka la nak makan dengan apa.


Masak sambal bahan tak banyak tapi renyah nak kena betul-betul masak, kalau tak nanti sakit perut kan nayaaa. 



Biasanya guna asam keping yang dibeli dengan Ustaz Ijam tapi kali ni try guna asam jawa.


Sudahnya terlebih masam dari biasa. 


Terkenang memori dulu masa tinggal di asrama Pondok Haji Daud masa sekolah tingkatan dua.


Sambal cili bo yang dimasak simple sahaja bersama ikan bilis, ikan selayang dan telur goreng menu wajib kami kerana kenyang, mudah dan jimat paling utama.


Masak pula atas dapur minyak tanah dan pastilah anak-anak sekarang ni tak kenal rupanya. 


Bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini kerana semuanya semakin senang dan anak-anak kita sekarang ini klik order sahaja di aplikasi yang ada.

Comments