Hari ini tahun baru. Macam biasa ada azam yang masih beku. Namun ianya masih perlu diburu. Baru hidup ada matlamat dan tak sia-sia waktu.
Azam nak kurus dari dulu. Tapi tak kesampaian kerana diri masih berhantu. Takut benar pada lapar walhal tak sempat pengsan pun kalau tak makan pukul satu.
Kalau suami suruh kurus dikatanya suami nak tambah cawangan lagi satu. Buat-buat merajuk kononnya suami tak sayang dan hargai bini beranak sampai tujuh kali bongsu.
Comments
Post a Comment