PROGRAM ADVOKASI KITA GEMPUR

Semalam hadir program Advokasi Kita Gempur di UMK bersama dua orang Tie yang hebat. 



Macam biasa la tempat tak biasa pergi pasti akan tersesat. 


Pusing pusing dah sampai ke kem askar yang dikelilingi pagar kawat. 


Mulalah menggelabah biawak tambah pula lupa nak selawat.


Program anjuran MACFEA kolaborasi dengan KPDN dan UMK supaya menjadi pengguna yang celik dan google lah sendiri MACFEA tu apa sampai dapat. 


Tak sempat nak tersengguk kerana penceramah dan fasilitator suka tanya soalan dan buat kuiz kbat. 



Tak boleh baca jawapan kuiz di layar sebab rabun sangat. 


Wow sangat bila buat cabutan bertuah pusing pusing macam program "Saya putar ye, Halim" dan mudah-mudahan kita juga dapat. 



Macam biasa la, memang jarang benar che kak dapat. Tak pernah nak bertuah walaupun hadiah coklat.


Start lewat dan habis program juga lewat. Namun masih setia mendengar kerana ilmu yang bermanfaat. 


Berhenti solat asar di masjid Limbat. Nasib baik ada tok Siak yang tengah cuci masjid untuk jemaah solat. 


Sampai rumah dah hampir maghrib dan che kak dah agak mesti suami nak bagitau kenapa tak lalu kat highway untuk cepat.


Apa boleh buat. Dah isteri jenis gayat.

Comments