INTIPATI TAZKIRAH PERSIAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Tazkirah pagi

Tarikh: 23.2.2025 (Ahad)

Penceramah: Ustaz Abdul Muiz Bin Abdullah


Tajuk: Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 

 


Intipati tazkirah


📝 Maksud taqwa - buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.


📝 Persediaan memerlukan ilmu, contoh teladan yang baik dan jangan bertangguh.


📝 Kualiti yang terbaik

✅Solat awal waktu

✅Buat baik kepada ibubapa

✅Berjihad di jalan Allah


Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan:-


1) solat 

- Jaga kualiti yang tertinggi. 

- Solat awal waktu

- Kesilapan ibubapa ialah memanjakan anak contohnya tak kejutkan anak untuk solat sebab takut anak letih berpuasa 


2) solat berjemaah

- ganjaran 27 darjat

- 2 orang pun dah boleh solat berjemaah


3) solat di masjid

- keutamaan lelaki

- setiap langkahan ke masjid menghapuskan dosa

- mengangkat darjat


4) solat sunat

- solat sunat rawatib 12 rakaat

(Solat yang mengiringi solat fardhu)

- dapat tampung solat fardhu

- solat sunat sebelum solat subuh sangat afdhal


5) solat tarawih

- maksudnya istirehat antara solat

- sebelum solat terawih, afdhal solat sunat selepas solat isyak 


6) solat qiamullail

-solat tahajjud, taubat, hajat, witir


7) banyakkan berdoa

- 3 golongan yang tidak tolak doa/mustajab

✅pemimpin yang adil 

✅orang yang berpuasa sehingga berbuka puasa

✅golongan yang dizalimi


- di saat hendak berbuka puasa, berdoa kepada anak-anak dan pasangan


8) baca Al Quran dan tadarus

Comments