Sunyi hari ini. Anak-anak pun dah balik kampung rumah tokmi. Sambung beraya kat sana pula.
Masih terngiang-ngiang bunyi periuk belanga, ahli keluarga bergurau senda, anak-anak saudara bermain, tangisan anak-anak kecil yang meragam dan paling utama bunyi dentuman pintu bilik yang tercabut dik kerjaan siapa pun tak pasti. 😆
Rasa tak puas lagi nak beraya dengan ahli keluarga. Suami che kak pun nampak muram hari ini. Che kak tahu hati dia tengah sayu tu. Dia suka sangat kalau adik-adik datang rumah dia.
Che kak lagi suka sebab dapat makan sedap-sedap😋.
Bilik che kak masih ada bau asap dan rempah tumisan gulai sebab dapur tanpa pintu bersebelahan bilik. Namun che kak tetap anggap bauan itu wangian kasih sayang adinda-adinda yang bersusah payah membantu masak.
Adik ipar che kak masterchef yang menyediakan kesemua hidangan. Che kak tukang kacau je.🤪 Eh kalau tak kacau rempah tu nanti hangit tau.
Bukan setakat jadi masterchef, bahkan banyak juga keluarkan duit untuk beli barang masak.
Seronok apabila dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan rakan-rakan sempena majlis rumah terbuka. Che kak sangat hargai kerana sudi luangkan masa hadir juga walaupun tengah hujan.
Ada kawan-kawan yang mohon maaf sebab tak dapat hadir namun che kak faham dengan kekangan masa. Maklumlah hari raya ni banyak makan jem dan banyak undangan majlis termasuk majlis perkahwinan.
Insya Allah ada rezeki boleh buat lagi asalkan MasterChef sudi masak lagi untuk kami.
Che kak panggil rumah terbuka sebab masa raya je buka sliding door. 😆
Che kak mewakili tuan rumah mohon maaf atas kekurangan yang ada.
Hari ini ambil peluang mengemas rumah. Nak mengemas ni memang kena ada task.😆
Che kak tepek sini dulu untuk kenangan.
Comments
Post a Comment