SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H

Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.  Bangun awal sediakan sahur walaupun menu cekodok kosong tanpa gula.


Rezeki kerja balik awal satu jam dapat sediakan juadah untuk keluarga. 


Namun bersederhanalah dengan menu berbuka puasa. Kalau rajin masak sendiri lagi jimat, bersih dan kena citarasa.


Kalau beli juadah bazar Ramadan pun tak apa sebab boleh bantu ekonomi peniaga. 


Pandai-pandailah pilih gerai yang bersih, sedap dan berpatutan harganya.


Bulan puasa juga kena ambil peluang tambah pahala. 


Baca Quran, sedekah, solat malam, tarawih, zikir, manalah tahu kan kot dapat jumpa lailatul qadar lagi berlipat ganda pahala. 


Mencari lailatul qadar bukan bermaksud mencari pokok yang sujud tetapi membuat amal ibadah sejak awal puasa. 


Dua minggu terakhir puasa dah tayang lagu raya. 


Ulama' kata masa ni sepatutnya tingkatkan amal ibadah kerana kita tak tahu sama ada tahun depan  Ramadan masih ada lagikah untuk kita.


Tiba hari raya tanda kemenangan kita. Menyambut ketibaan syawal dengan gembira. 






Nikmatilah hidangan dengan penuh kesyukuran dan berwaspada. 


Takut darah tinggi semakin tinggi dan kencing manis terlebih gula. Dah kurus takut naik timbangan lepas tu rasa menyesal dah tak guna. 


Bersederhanalah dalam berbelanja. Belanja ikut duit yang kita ada.


Gembirakan anak-anak dengan baju baru walaupun murah harganya. 


Insya Allah ada rezeki anak-anak yang kita tak sangka-sangka. 


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan banding rezeki kita dengan orang kayangan macam puteri raja.


Zaman kanak-kanak kita dah berlalu begitu lama. Gembiranya kita dulu saat dapat duit raya. 


Kini giliran anak-anak kita pula. Gembira macamana pun dapat duit raya, jangan lupa ajar anak-anak tentang adab budi bahasa.


Hari raya juga kita berkumpul bersama sanak saudara. Raikan persamaan hargailah perbezaan dan jaga tutur kata. 


Terkenangkan memori kad raya. Gantung di dinding dan ranting pokok kering sebagai penyeri hari raya. Kini wasap pengganti bicara. 


Hari raya juga mak mak jangan pilih kasih antara anak menantu yang berbeza. Hargailah anak menantu yang bersusah payah balik kampung demi keluarga. 


Mak mak juga jangan letak syarat anak kita je yang kena balik kampung macam menantu takde keluarga. 


Setahun sekali minta maaf dengan suami tercinta. Takde adegan air mata sebab dah terbayang nasi himpit che Esah dan anak-anaknya. 

 

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. 


Arman, Hasliza, Aiman, Ahyad, Aulia', Aqilah, Afnan, Aimi dan Awaatif (si bongsu yang manja)





Comments